RSS

KELEBIHAN MAKANAN SUNNAH - QASEH GOLD


KELEBIHAN MAKANAN SUNNAH


Zaman beredar dan berubah, namun Sunnah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W tetap tidak berubah dan masih tegar diingatan.Sebahagian golongan masih mengamalkannya dan segelintirnya lagi mungkin tidak. Justeru, kita tahu banyak sunnah Nabi SAW yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita, tetapi hari ini saya ingin menumpukan sahaja ke arah pengambilan makanan sunnah daripada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang mana tidak semua orang mengetahui kelebihan dan juga fadhilat disebalik makanan sunnah itu sendiri.


Masa berganti hari, minggu berganti bulan dan tahun.Tanpa disedari, fenomena pengambilan makanan yang kurang baik untuk kesihatan semakin berleluasa. Adakah ini menunjukkan kita lupa dan alpa akan makanan Sunnah junjungan kita Muhammad SAW? Yang penuh dengan khasiat tersirat dan baik untuk kesihatan serta pelancaran organ dalaman.Kadangkala kita sering leka dan tidak mengambil peduli terhadap makanan yang diambil. Tidak menilai dari aspek kualiti dan kesannya kepada diri yang akan menempuh kehidupan yang kita sendiri tidak tahu pelbagai mehnah dan ujian menanti di hadapan.Terfikirkah kita, apakah rahsia disebalik khazanah berharga ini?Ya,mungkin ramai juga yang mengamalkan pengambilan makanan Sunnah ini tetapi tidak ramai yang meneroka dan menyingkap kelebihan serta rahsia disebaliknya. Seperti yang kita ketahui antara makanan Sunnah yang boleh diamalkan dalam pemakanan kehidupan seharian kita adalah seperti Buah Kurma, Kismis, Madu, Buah tin, Buah zaitun, buah delima, buah apricot, kacang badam, za’faran, dan banyak lagi. Kesemua makan Sunnah di atas pula dipecahkan lagi dengan pelbagai jenis dan aneka rasa.Kadangkala dicampurkan makanan tersebut di dalam masakan, kek, air dan juga dimakan begitu sahaja.

Fakta Kelebihan Makanan SunnahAdalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang itu tahu dan cakna akankelebihan disebalik makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Ianya bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan dari segi fizikal tetapi juga baik untuk organ dalaman seperti membantu melancarkan penghadaman makanan dan pelancaran peredaran darah.Disamping itu, setiap makanan Sunnah tersebut ada kelebihannya tersendiri.

1. Buah kurma/tamar

Kurma dapat membantu pelancaran proses peredaran darah, mencegah serangan stroke, baik untuk ibu yang hamil dan bersalin.Seperti yang dinyatakan di dalamayat al-Qur’an tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayyidatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam. Firman Allah S.W.T:Maksudnya: “Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.(Surah Maryam : 25)Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah S.A.W bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.Selain itu juga, diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan”.Bahkan buah kurma juga mampu menghindarkan seseorang itu daripada gangguan syaitan, sihir dan yang seumpama dengannya. Sebagaimana Rasulullah S.A.W telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:”Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Kajian Dan Penemuan Sains PerubatanBerdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.Manakala hasil kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar. Selain itu,membantu merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.Ini adalah antara kajian sains yang telah dibuat berdasarkan perincian kelebihan buah kurma tersebut.

2. Buah kismis

Sebagaimana kurma, kismis juga ada kelebihannya tersendiri.Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT.Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Disamping membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6, kismis juga mengandungi zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan).Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.Nabi Muhammad SAW bersabda:“Biasakanlah memakan kismiskerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”. Di tambah lagi,“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.Kelebihan Kismis Yang Dikenalpasti:Membantu meningkatkan memori dan hafalan, memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan.Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar, melindungi hati, memperbaiki ton dan keanjalan kulit, melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi bagi kanak-kanak.Selain itu membantu menguatkan hafalan, menajamkan mata, minda dan menambah fahaman serta minat belajar khususnya bagi pelajar.Secara umumnya, ia membantu memulihkan keletihan saraf, membantu mengurangkan stress, merawat penyakit hysteria, penyakit anemia, merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya. Jika hendak dijelaskan satu persatu amatlah banyak kelebihan setiap satu makanan Sunnah Rasulullah S.A.W yang boleh diamalkan dalam pemakanansehari-harian.

Kajian Pakar Terhadap KismisMenurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.“Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot.“Berlainan dengan kismis, kerana ia, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan”.Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, kita perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.

3. Buah tin

Fakta sains menjelaskan bahawa buah tin dari jenis (Carica Ficus), di Maroko dan negara-negara Afrika Utara lainnya, buah ini dikenal dengan sebutan “karmouss” dan karena keberadaanya yang banyak tersebar di pesisir Laut Tengah, maka buah ini banyak sekali disebutkan dalam literatur-literatur sejarah kuno dan sebagaimana juga disebutkan pada kitab-kitab samawi.

Fakta Sains Dan HadistDalam fakta sains modern menjelaskan bahawa cairan tin yang dicampurkan pada banyak ramuan-ramuan medical memiliki kemanjuran tinggi. Oleh karena itu nabi Muhammad SAW mengomentari buah ini dalam salah satu Sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dardaa, bahwasanya telah dihidangkan kepada nabi sebuah menu dari buah tin, maka nabi mengajak sahabat-sahabatnya menyantapnya bersama, beliau lalu bersabda: “Jika aku mengatakan ada buah yang turun dari langit, maka buah inilah (menunjukkan buah tin)”.Ibn Alqayyim dalam bukunya “ath-Thib Annabawi” mengomentari riwayat hadits diatas: “Menguji kemanjuran pengobatan nabi sebagai tersebut dalam hadits ini, dapat dirilis beberapa teori. Pada zaman dahulu kala, buah tin telah banyak dipakai untuk kepentingan medis, tokoh-tokoh kedoktoran period awal juga seperti Ibn Sina telah banyak mengetahui buah tin mempunyai banyak faedah medis…”

Kelebihan Buah TinMelaluiperubatan traditional pada dekad terakhir ini juga telah mengenal kemujaraban tin, dimana dianggap secara medis menyembuhkan berbagai penyakit seperti mengubati luka-luka, borok, flu burung, mag, gangguan sirkulasi mensturasi dan luka bakar. Disamping itu, buah tin juga kaya dengan vitamin A dan B serta kadar tertentu dari vitamin C. Dan mengandungi garam pokok seperti: Kalsium, fosfor, zat besi yang membangun pertumbuhan badan dan pembangkit tekanan darah. Selain itu, kandungan buah tin juga kaya dengan serat, kalium, dan magnesium yang dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi serta mampu mengurangi berat badan. Oleh karena itu Buah tin sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.Dengan lebih jelas, di dalam kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulama’ di bumi Syam as Syarif, mentafsir surah at Tin yang mana penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan. Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:1. Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.3. Memecahkan batu karang di dalam badan.4. Menyegarkan badan yang lesu.5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.6. Rawatan buasir.7. Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dan lain-lain.8. Rawatan penyakit GOUT.Justeru, Allah SWT menyebutkan beberapa jenis buah dan tumbuh-tumbuhan di dalam al-Qur’an, menyebutkan buah tin sekali saja pada surah at-Tin. Surah terakhir ini merupakan surah satu-satunya mengambil judul nama tumbuhan, berbeza dengan surah yang bertema binatang yang banyak menjadi judul surah-surah al-Qur’an seperti: (Al-Baqarah = Sapi betina, an-Naml = semut, an-Nahl = lebah, al-’Ankabuut = laba-laba dan al-Fiil = gajah).Dari keterangan diatas menegaskan bahawa tin merupakan buah yang sangat dahsyat, memiliki kegunaan medis yang sangat banyak. Menurut Ibn al-Qayyim al-Jouzi lagi bahawa: “Mengingat tin tidak terdapat didaratan Hijaz dan kota Madinah, serta langkah penyebutannya dalam sunnah, kerana lahan tin memang tidak serasi dengan lahan kurma. Akan tetapi, Allah Bersumpah di dalam al-Qur’an demi tin karena manfaat dan kegunaannya yang sangat banyak itu…” Maka Ibn al-Qayyim berkesimpulan bahwa yang dimaksud ayat sumpah adalah buah tin yang telah dikenal luas itu.

4. Madu

Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima.Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti.Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal.Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia.Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran: “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.Demikianlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT yang memberikan segala rahmat-Nya kepada semua manusia di muka bumi ini mengenai khasiat madu yang diperoleh dari lebah.Sesungguhnya, firman Allah itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan minda dan membawa banyak khasiat lain. Sabda Rasulullah S.A.W:1)“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”. 2)“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.3)“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapatmengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada.4)“Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.Tambahan lagi, madu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit ringan dan berat seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, demam, melancarkan peredaran darah, menurukan suhu badan dan banyak lagi. Malah, Ibnu Sina sendiri mengamalkan meminum madu yang dikatakan memberikan padanya umur yang agak panjang dan awet muda sehingga ke akhir hayat.Namun, agak menyedihkan apabila ramai dikalangan kita yang lebih berminat untuk mengambil minuman gas ciptaan barat atau berkafien tinggi meskipun dibuktikan secara saintifik sebagai merbahaya kepada kesihatan manusia.Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan berbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada berbagai penyakit, mahupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur. Firman Allah dalam surah an-Nahl:“Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalanTuhanmu yang telah dimudahkan.Daripada perut lebah itu keluar minumanmadu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubatmenyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-NAhl: 69)Begitu juga, Rasulullah SAW bersabda : “Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)Dari hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesehatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat.Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika diamalkan setiap hari akan mencegah daripada berbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Khasiat Madu Yang TerbuktiMadu mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan, hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia. Mana kala bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi. Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan, dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer, sumber laxative yang natural dan lembut. Ia juga merupakan sumber utama vitamin dan mineral yang kaya, sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan. Selain itu juga, mampu memulihkan kekuatan tubuh, membersih dan menambah darah.Madu juga baik untuk pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental, menyembuh dengan segera cirit-birit, mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak. Secara umumnya ia membantu menguatkan jantung, buah pinggang dan badan. Selain membantu menyembuhkan penyakit, ia juga membantu mengurangkan kesakitan bagi golongan wanita yang didatangi haid dan baik untuk perempuan mengandung serta bersalin.

5. Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud:“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.Justeru, ia digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular. Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.Selain itu, delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular. Ia juga boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Beberapa kajian lainmenunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.Dalam sebuah hadith Mauquf dan Marfu’, Rasulullah SAW bersabda bahawa Buah Delima termasuk buah syurga. “Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga”. Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahwa Rasulullah bersabda yang artinya, “Makanlah Buah Delima beserta minyak dan atau lemaknya karena ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad). Ibnu Qayyim dalam Buku At Tibb An Nabawi, berkata tentang buah delima, “Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya”.Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud: “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”. Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan.Maka disini kita dapat lihat bahawa setiap makanan Sunnah Rasulullah S.A.W itu memiliki kelebihan dan rahsianya yang tersendiri untuk kebaikan dan kesihatan tubuh badan manusia. Selaras dengan Firman Allah SWT dan Hadith Nabi S.A.W di atas yang menjelaskan peranan dan kepentingan buah atau makanan tersebut. Banyak lagi makanan sunnah yang mempunyai kelebihan yang tidak kita ketahui secara terperinci.Oleh itu Tanggungjawab bersama untuk melatih diri mengamalkan pengambilan makanan Sunnah Rasulullah S.A.W yang memberi kesan positif untuk tubuh badan serta minta kita dalam menjalani kehidupan seharian. Seperti kata pepatah melayu “Mencegah lebih baik daripada mengubati”.

Wirdatul Jannah Mohamad
Universiti Sains Islam Malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PATI KRISTAL GARAM MINERAL (SOLE) 170ml



Titiskan SOLE ke dalam air minuman anda untuk menambahkan tenaga dan kesihatan tubuh. Dilengkapi dengan 84 mineral SEMULAJADI, ia membantu :-

  • Tumbesaran optimum fizikal dan mental kanak-kanak
  • Pembentukan kolagen semulajadi kulit
  • Menguatkan gusi, seimbangkan pH mulut untuk kesihatan dental anda
  • Menormalkan sistem pernafasan
  • Menyokong fungsi otak dan perkembangan neuron yang sihat
  • Memulihkan pH usus, menggalakkan metabolisme asid amino (protein)
  • Menyokong perkembangan fetus dalam kandungan
  • Melaraskan fungsi rahim, kesihatan vagina dan menormalkan kitaran haid
  • Membantu penghasilan hormon seimbang
Tips Penggunaan :-
  1. Campurkan 3ml (1ml = 7 titis) SOLE ke dalam satu gelas air bertapis/air minuman dan minum waktu pagi sebelum gosok gigi.
  2. Campurkan 5ml lagi ke dalam air minuman 1.5liter untuk diminum sepanjang hari.
  3. Penggunaan kerap tidak memberikan kesan sampingan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TESTIMONI QASEH JUNIOR



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TESTIMONI - IBU YANG MENYUSU


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TESTIMONI-ZURIAT

Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana memberikan kami penawar 1001 penyakit untuk pasangan yang inginkan CAHAYAMATA...Semuanya dengan izinMu Ya Allah..Sesungguhnya kami bersyukur...
MUDAH MURAH MUJARAB
Makanan Sunnah QASEH GOLD



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUAH-BUAHAN DALAM AL-QURAN YANG TERDAPAT DI DALAM QASEH GOLD-HABBATUS SAUDA


Habbatus Sauda - salah satu bahan yang terdapat di dalam Qaseh Gold, adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk Habbatus Sauda ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habatusssauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dipetik dari kitab Ash Shahihain:
“Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino

7 ciri-ciri utama Habbatus Sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
:: Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
:: Polysaccharide
:: Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
:: Amino acid yang membentuk protein
:: Karotene iaitu sumber vitamin a
:: Kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Merangsang pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Qaseh Gold Ikhtiar Untuk Zuriat

Qaseh Gold merupakan makanan sunnah yang dapat membantu anda diluar sana untuk mendapatkan zuriat penyambung generasi umat Muhammad S.A.W. Tak salah anda berikhtiar dgn Qaseh Gold untuk mendapatkan zuriat. Kita hanya berusaha..Insha Allah dengan usaha kita ini Allah permudahkan jalan untuk kita bergelar IBU dan AYAH. Alangkah bahagianya sekiranya usaha kita ini menjadi. Cubalah...anda rugi sekiranya tidak mencuba dan berusaha...Allah membuka pelbagai jalan untuk kita berusaha...So pilihlah Qaseh Gold antara jalan usaha anda..Kita hanya merancang Allah yang tentukan...Perlukan Istiqomah dlm pengambilan Qaseh-Bismilllah,Selawat n Niat..INSHA ALLAH




Tak rugi anda mencuba kerana khasiat Qaseh bukan sahaja jalan untuk mendapatkan zuriat tetapi untuk mengatasi masalah kesihatan anda yang lain antaranya :
1) Keletihan / Kelesuan
2) Batuk / Sakit Tekak
3) Selsema
4) Asma
5) Gastrik
6) Gout
7) Migrain
8) Buasir
9) Resdung
10) Sembelit
11) Tekanan Darah Tinggi
12) Haid Tidak Teratur / Keputihan
13) Kurang Keinginan Seksual
14) Anemia
15) Kebas-Kebas Ringan
16) Susah tidur 
17) Sakit Sendi
18) Stress
19) Sakit Tumit


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Personal Testimoni

Ni testimoni Jun sendiri dalam berQaseh


~Start berQaseh bulan puasa baru2 ni.Alhamdulillah selepas berQaseh puasa penuh n sgt ber-energy mcm bulan tak puasa. 2 minggu puasa sebelum berQaseh mmg badan penat sgt coz dengan anak kecik 2 org (byk ragam 2 ini budak), mlm2 berjaga breastfeed my baby, bebanan keje di ofis, keje2 rumah lagi. Dlm 2 mggu tu Allah dugaku dgn demam skali..mmg sampai satu tahap mengigil2 tangan n badan time bebuka puasa, time tu mmg qasa nak pitam,lembik ditambah dgn anak lelaki still breastfeed. Menangis sambil breastfeed anak coz lagi anak nyusu lagi badan ni tak larat n hilang energy n susu pun tak byk. Berqaseh mmg menambahkan energy utk melakukn xtvt harian.

~Zafran breastfeed..n kerap bangun menyusu mlm..walaupun ✗ cukup tido tapi badan still energy n susu makin banyak sampai meleleh wlupun i tak fully bfeed (berpuasa pun susu meleleh2-smpai basah baju). Bfeed bila my baby with me. Alhamdulillah susu tak kurang n cukup utk my son nyusu.Skrg my son 1thn 3bln n susu masih banyak. Rezeki anak. 


~Resdung makin kurang-sebelum ni pagi2 mau tau la 1 apartment dgq i punya bersin. Skang ni better than sebelumnya



So ibu2 yang bekerjaya n menyusu boleh la cuba..Qaseh sgt digalakkan utk ibu2 yg mengandung..sangat mujarab..
So klu berminat sila PM or call 0124661090

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tangani Anak Nakal Menerusi Doa

Tak pasti dari mana saya ambil tulisan ini tapi saya ingin berkongsi bersama anda semua.


Anak adalah anugerah kepada setiap ibu bapa.Walau senakal mana pun mereka,pasti ada cara yang sesuai bagi mendidik dan menangani tahap kenakalan bagi setiap tahap umur.

Dalam islam sendiri menggariskan langkah-langkah yang sesuai untuk menangani golongan ini.Paling utama ialah doa yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia ke arah mewujudkan baiti jannati.
Sebagai ibubapa,kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak dan tidak mengatakan perkara yang buruk-buruk kerana kata-kata seseorang ibu adalah doa.Perkataan seperti 'bodoh','malas','bangang','tak reti diajar' hanya akan membuatkan seorang kanak-kanak itu memberontak,seterusnya langsung mengingkari setiap arahan dari ibu bapa.

TIP

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan seperti berikut.Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1.Selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2.Banyak bersabar dan yang utama,jangan cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3.Banyakkan berdoa kepada Allah dan minta dilembutkan hati anak-anak.

4.Bila bangun pagi,peluk anak sebanyak tiga kali,usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati(bergantung pada niat kita untuk di anak).

5.Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,"Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya)."Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

6.Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran,baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud"Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya;Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki,dan Dialah Yang Maha Kuat,Lagi Maha Kuasa"Sebaik-baiknya dibaca selepas Subuh,baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

7.Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya."
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir'Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman'berulang-ulang.Semua ini Insya-Allah adalah da pelembut hati.Begitu juga,Surah Toha ayat 1hingga 8,surah ar-reahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

8.Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik,amalkan ayat 38 daripada Surah Ali Imran iaitu doa Nabi Zakaria yang bermaksud,"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya,katanya:Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik;sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima)doa permohonan."

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Sebaik-baiknya setiap malam ketika anak dalam keadaan baru hendak tidur,ketika ini otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar kata.

10.Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74 daripada Surah al-Furqan yang bermaksud,"Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata:Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu)bertakwa."
Amalkan juga ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud,"Wahai Tuhanku!Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang,dan zurait keturunanku.Wahai Tuhan kami,perkenankan doaku."
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak.Doa itu senjata ornag mukmin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

QASEH GOLD


ASSALAMUALAIKUM

BISMILLAHIROHMANIROHIM

Memperkenalkan produk terbaru
di QISMAMA
QASEH GOLD
Minuman kesihatan dalam bentuk jus yang berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma, Madu, Habbatus Sauda', Buah Tiin, Zaitun, Delima & Air Zam-Zam.

Diperkaya pula dengan kehebatan  Gam Arab sebagai prebiotik semulajadi & herba tradisi seperti Za'faran, Ginkgo & Sireh.

Terdapat 2 jenis jus Qaseh Gold iaitu Qaseh Gold Adinda khas wanita & Qaseh Gold Kekanda khas untuk lelaki.

QASEH GOLD ADINDA
Di dalam Adinda ia ditambah lagi dengan herba-herba khusus daripada Manjakani, Pegaga & Passiflora yang sangat baik untuk dalaman wanita.

QASEH GOLD KEKANDA
Ianya ditambah dengan herba khusus untuk lelaki seperti Tribulus, Guarana & Ashwaganda.



Sangat sesuai bagi 
Suami/Ayah, 
Isteri/Ibu, 
Warga Emas, 
Pekerja yg menggunakan tenaga fizikal, 
Pekerja yg banyak menggunakan tenaga minda/berfikir,
 Pasangan yang akan mendirikan rumahtangga, 
Pasangan yang berusaha untuk mendapatkan zuriat, 
Wanita mengandung,  melahirkan & menyusu, 
Pelajar Universiti/Kolej, 
Ahli sukan, 
Kanak-kanak 5 tahun ke atas
QASEH GOLD
 membantu mengatasi masalah seperti
- keletihan/kelesuan
-batuk/sakit tekak
-selsema
- asma
- gastrik
- gout
- migrain
- buasir
- Resdung
- sembelit
- tekanan darah tinggi
- haid yg tidak teratur/keputihan
- kurang keinginan seksual
- anemia
- kebas-kebas ringan
- susah tidur
- sakit sendi
- sakit tumit
- stress
INSYAALLAH
MEMBERI KESAN POSITIF 
DALAM MASA 1 MINGGU
BERIKHTIARLAH DENGAN
 QASEH GOLD
MUDAH
MURAH
MUJARAB
JOM SAMA-SAMA MARTABATKAN
MAKANAN SUNNAH INI

PRICE : RM71.90 
POSTAGE : RM6.00 (SM) RM9.00 (SS)-below 500g
PM/CALL - 012-4661090

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT DATANG....:) Part 1

Assalamualaikum.... (18 September 2013)

Lama betul tak menjengah blog Qismama sampai password pun dah lupa..last update on 2011. So hari ni terasa nak update la plak...Rindu nak memblog2 ni.
Banyak perubahan dah blogspot ni sampai nak cari edit post pun tak jumpa..So try n error seb baik boleh. Hehe...
Qasa mcm nak crita about me la plak tapi my life takder la menarik pun. Hari2 buat bende yg sama jer..bosan, tapi dgn adanya anak2 hilang la sket bosan tu...

Korang boleh panggil aku June, mempunyai suami yg handsome wlupun org lain kata tak handsome tapi di mata seorg isteri Zainal (my hubby) adalah suami yg sgt handsome yg penah ku jumpa...hahahha...cam klakar kan..hehehe..biaq sedap sket hati suami aku..
Dikurniakan sepasang cahayamata diberi nama Nurul Qistina Balqis (4 tahun) n Muhammad Iskandar Zafran (1 tahun). Alhamdulillah rezeki Allah berikan.

Aku ni seorg yg suka tetapkan target @ matlamat sendiri tapi bende2 simple jer la. Mcm dulu masa dok blajaq kat Sek Men.Ren aku tetapkan nak bercinta bila masuk Universiti. Daftar masuk jer UKM (2003/2004) terus declare couple tapi tak berkekalan. Dah clash tu baru la Allah ketemukan aku dgn suami aku so declare as couple bila dia melepasi ujian...hahaha on 26 April 2005. Time ni aku dah tetapkan impian aku klu nnt aku ada anak perempuan aku nak buh nama Nurul Qistina Balqis. Tahun 2005 juga aku ada pergi program Anak2 Nelayan. Penceramah tu ada bagitau tetapkan target bila kita nak nikah..So aku terus impikan tarikh 8.8.2008...Time nak tarikh nikah tu aku mmg plan ngan hubby aku nak akad nikah on 8.8.2008 tapi disebabkan tarikh ditentukan keluarga pihak lelaki atas alasan yg tersendiri so diawalkan kpd 17.5.2008. Tak pa Allah awalkan jodoh kami. Lepas nikah Allah murahkan rezeki anak kepada kami tak der gape lgsg nak ronggeng2,,,honeymoon pun lmbat..5 bulan kawen baru g honeymoon..perut pun dah nmpk time tu..huhu..13.02.2009 Allah berikan seorg puteri yg sgt comei kepadaku n suami.

Cucu sulung bagi keluarga mentuaku. Belah keluargaku cucu yg ke 5 dah...Alhamdulilah tercapai hajatku utk buh nama yg dah lama aku nak...hehehe.. (bersambung)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS